graduation day

Assalamualaikum

even dah lambattt. nak post jugak pasal graduation day. ni baru grad form5, bnyk lagi jalan kat depan kann.. ntah kenapa tetiba ja terasa nak post pasal ni. rindu maktab kot? camni dah laa.. bila kat maktab rindu rumah pulak.

actually grad day buat before SPM. A week before. 
jubah zalina dapat. YaRabbi. besaq jugak laaa. size XL. size M pon dah besar tauu.
ingtkan boleh pileh size sendiri.

me : cikgu. saya nak size M.
cikgu : *sambil tgk² kt aku* emm, tak, awak saya rasa better ambil XL
me : cikgu, XL besar sgt. bahu jatuh nnt.
cikgu : tapi awk tinggi. nanti pelik pulak kalau senteng. saya sayang kamu. saya tau apa yg terbaik.
me : errr. ok fine. *dlm hati rasa macam serabai ja pakai jubah besar*




ini ha certificate dia.
class ke brp? number brp grad? heehe. jgn tny. apa² pun,alhamdulilah jugak dpt CGPA cemtu :p

ok. sebelum graduation day ada rehearsal. 2 hari jugak la rehearsalnya. agak borink dalam dewan time tu. student mostly ada ja buku or henpon kt tgn. kalau yg bawak buku tu mmg student yg tak buang masa la. kalau yg bawak henpon tu sbb nak texting mak kot :p


a day before, baru ambik jubah









classmate five-O-six. we are FORTUNATE :)


tgk ja gmbar ni mcm cool kan. tapi , in fact kami tgh hot! 

photoshoot kat pavillion. sunrise time ni. betul² depan mata. berayaq mata sbb kena jugak tgk camera kt dpn.
senyum mcm tak ikhlas ja. gmbar  ni plg mahaii sbb untuk letak kt dewan for 4th batch :) senyum mesti kena maintain cam biasa. 



budak bilik. jiran bilik. nilah rakyat suka skip surau. skip prep.









acara lompat tak jadi . mcm lawak pon ada jugak:

'ok ready weh'
 'hg tak payah kira 123, biaq kami kira, nnt sampai 3 kami lompat hg snap'

second. tak jd langsung

third. try pegang tgn untuk lompat serentak. tak jadiii

fourth. org kedah ckp mcm ni 'teraboq'!

and DISASTER! haha

_________________________

on the day :)

pagi. dlm kelas.with naim

see, besar kan jubah. sedehnyaa -___-
org kedah cakap jubah lagu ni 'leweh'

nur shaza syahirah sharifudin.
her bed in front of mine. alhamdulilah. kawan ngn dia at least dah ubah zalina jadi hamba yg taat perintah agama. hahaha. syaza, jgn marah na? :D



block academic as known as acad (read aked). bawah skali kelas² form 5, ats skali form 4, (bygkan last year tiap masa kna panjat tgga. nk p prep,kelas, dewan mkn, cafe) 
before queue untuk masuk dewan. kt sini ja sempat nak ambik gmbar bnyk² pun
(sapa nmpk zalina dlm ni mmg terer!)

tepi tepi tu ada gerai. jual bunga bear n MAKANAN. mostly conducted by PUM laa. waktu ni tgh queue untuk masuk dewan besar. tgk ja mcm redup kan. tapi lama² matahari pagi dah mulaa panas!  10 minit jugak la berdiri,berpeluh jugak dgn jubah kt badan. purple jubah tu juniors form 3. 
(sbb diorang sikit, so jimat kos, buat skali  dgn form 5, *takpernah lagi tau buat mcm ni )


president & vice presiden our batch
dua dua ni pndaii. sorg dpt SPC kt UTM sorg lagi SPC untuk flyyy, insyaAllah. 
just guna result trial spm mara. bestkan bila jd pandai :)



kalau rotate mcm ni tak nmpk sgt. hihi. 


classmate. after program.

dah nak hantar jubah pun 


and the last one. ni la meja study. semak kan? tak pernah pun study ats meja ni. letak MAKANAN ja banyak.
'jadikan SPM kenangan terindah' ? tulis ja cmni, tapi main bnyk lg. heeee
as u can see, dua nama tu. actly tu hutang² yg blum dilangsaikan. biasalah tu, kalau dok hostel mmg cemni. semua nak pinjam takpun share :)

kalau nak tau, rasanya akhir² tahun la plg sesak. duit guna bnyk. byr hutang kawan. paper. koperasi. buku bla bla bla. tu pun tak termasuk hutang dgn mara. duit caruman bulan². hari tu ada surat sampai, lagi rm600 lebih dari half month 2010 sampai julai 2011. kalau sampai akhir tahun 2011? agak² berapa laaa ya? dlu boley la sebulan rm30, sehari rm1. tapi skrg mara dah naik hrga rm60 sebulan. double!





Post a Comment